PRN: 10 peratus keluar mengundi di Kedah setakat 9 pagi

PRN: 10 peratus keluar mengundi di Kedah setakat 9 pagi

SEORANG petugas SPR membantu pengundi mencelup jarinya ke dalam bekas dakwat ketika mengundi di SK Naka, Padang Terap. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kira-kira 10 peratus daripada 1.5 juta pengundi berdaftar di negeri ini selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pemilih sempena pilihan raya negeri (PRN), hari ini.

Kehadiran tersebut dicatatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 9 pagi ini melibatkan 645 pusat mengundi yang terdiri daripada 2,849 saluran di seluruh negeri Kedah.

Pada pengundian awal Selasa lalu, Kedah mencatatkan 96.02 peratus kehadiran keluar mengundi sekali gus menjadi negeri tertinggi berbanding lima lagi negeri yang terlibat dalam PRN.

Terdapat 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang akan direbut 83 calon termasuk 10 daripadanya merupakan calon Bebas dan seorang daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya