PPPM buktikan masa depan pendidikan Malaysia lebih cerah

PPPM buktikan masa depan sistem pendidikan Malaysia lebih cerah

Pendidikan
Fadhlina Sidek melihat pameran sempena perasmian Laporan Tahunan 2022 PPPM ii Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan pada tahun 2013 telah menunjukkan pencapaian dalam mentransformasi sistem pendidikan negara sepanjang dekad yang lalu.

Ini berdasarkan kepada Laporan Tahunan 2022 PPPM bertema Sedekad Transformasi: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang mempamerkan pencapaian luar biasa biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Laporan Tahunan 2022 PPPM itu yang dilancar oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor merupakan laporan ke-10 sejak ia dilancarkan dan menandakan pencapaian penting dalam sistem pendidikan negara. 

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), laporan tahunan itu bukan sahaja meraikan pencapaian tetapi juga memberi penerangan tentang cabaran yang dihadapi oleh pelaksanaan transformasi pendidikan. 

Laporan Tahunan 2022 PPPM melakarkan pencapaian pelaksanaan inisiatif – inisiatif PPPM tahun 2022 dan fokus pelaksanaan tahun 2023. Laporan Tahunan 2022 telah  

Visi PPPM ketika dilancarkan adalah untuk Transformasi Pendidikan apabila Malaysia memulakan laluan berwawasan, melancarkan pelan tindakan pendidikan komprehensif yang bertujuan mengubah landskap pendidikan negara. 

Pelan transformasi ini bertujuan untuk menangani isu kebolehcapaian, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan, menetapkan trajektori yang bercita-cita tinggi untuk sektor pendidikan negara. 

Walaupun laluan menuju transformasi pendidikan telah diturap dengan niat murni, ia bukan tanpa cabaran. Demi-kepentingan ketelusan, laporan tahunan menyatakan halangan yang dihadapi.  

Setiap laporan tahunan PPPM sejak dari 2013 menunjukkan pencapaian transformatif yang telah muncul sepanjang dekad yang lalu. 

Daripada peningkatan prestasi pelajar dan latihan guru yang dipertingkatkan kepada penyepaduan teknologi dalam bilik darjah, laporan tersebut menggariskan impak PPPM itu terhadap pendidikan di semua peringkat.  

Mengimbas perjalanan, para pihak berkepentingan boleh merujuk setiap laporan tahunan sejak 2013 hingga 2022 untuk mengetahui tentang ‘lessons learnt’ daripada sedekad pelaksanaan PPPM. 

Ia mencatat kejayaan, cabaran, juga pelibatan pelbagai pihak dalam transformasi pendidikan seperti komuniti, NGOs, pihak korporat yang telah menyumbang kepada kejayaan keseluruhan PPPM.  

Selepas sedekad dilaksanakan, PPPM bukan sahaja berjaya melakukan transfromasi dalam pendidikan negara tetapi juga dalam merintis untuk menghadapi ada juga kemungkinan dan cabaran masa hadapan yang mana Laporan Tahunan 2022’ yang dilancarkan menyerlahkan bukti visi kolektif dan dedikasi dalam memacu transformasi pendidikan negara oleh KPM dengan para pemegang taruh pendidikan. 

PPPM memberi fokus kepada semua elemen dalam sistem pendidikan negara iaitu guru, sistem pendidikan dan pelajar itu sendiri.

Melalui PPPM, KPM telah menetapkan visi melahirkan guru yang kalis masa depan termasuk memastikan pengambilan guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) terdiri daripada 30 peratus teratas lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan minimum 5A mulai 2014.

Selain itu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) pula dijadikan sebagai syarat minima untuk dilantik sebagai guru prasekolah kerajaan dan swasta.

Daripada sasaran pencapaian aspirasi sistem pula,  melalui PPPM 2013-2025, sasaran diletakkan agar kadar enrolmen atau kemasukan ke semua peringkat sekolah ditingkatkan.

Laporan Tahunan 2022 dan Gallery Walk jelas menunjukkan bahawa walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan, hal yang demikian dapat diatasi dengan keazaman yang tinggi dan inovasi yang mampan. 

Pencapaian yang dinikmati daripada perjalanan sedekad ini, telah membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah untuk sistem pendidikan di Malaysia serta mengukuhkan lagi legasi PPPM sebagai mercu tanda perubahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya