PPK rugi RM1.8j akibat tanah sawah jerlus

PPK rugi RM1.8j akibat tanah sawah jerlus

JENTUAI yang terbenam akibat tanah jerlus terpaksa ditarik keluar dari sawah menggunakan traktor ketika tinjauan di Tanjung Piandang, Parit Buntar. – UTUSAN/WAK KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Piandang mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juta apabila hanya 40 peratus daripada 2,460 hektar sawah di mukim itu dapat dituai pada musim pertama penanaman tahun ini.

Pengerusinya, Abdul Latif Mat Ali berkata, kerugian itu disebabkan masalah tanah sawah jerlus atau tanah lembut di kawasan kendalian PPK Tanjung Piandang akibat fenomena alam iaitu hujan lebat.

Katanya, masalah itu menyebabkan padi tidak dituai kerana jentera penuai padi terbenam dalam tanah.

Menurutnya, keluasan sawah di bawah kendalian PPK Tanjung Piandang 3,000 hektar, meliputi dua mukim iaitu mukim Tanjung Piandang dan Bagan Tiang.

“Di Mukim Tanjung Piandang seluas 2,460 hektar manakala mukim Bagan Tiang seluas 540 hektar namun hanya 40 peratus sahaja yang dapat dimesin kerana tanah sawah jerlus atau lembut, menyebabkan jentera penuai padi kerap terbenam dalam tanah sawah,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, kejadian tanah jerlus atau tanah lembut itu mula berlaku sejak tahun lalu dan pada musim pertama tahun ini ia berlaku lagi dan bertambah teruk.

Katanya, sehubungan itu PPK Tanjung Piandang bercadang mahu merehatkan tanah sawah yang terlibat selama enam bulan atau satu musim daripada akti­viti penanaman padi pada musim depan.

“Cadangan itu untuk memulih­kan kembali tanah di kawasan yang terjadinya tanah jerlus supaya tanah kembali keras.

“Kami juga berharap kerajaan dapat memasukkan kejadian tanah jerlus ini ke dalam skim bencana kerana ia berpunca daripada fenomena alam iaitu hujan lebat,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini me­laporkan pesawah di Kuala Kurau di sini menanggung kerugian besar apabila padi yang sudah masak tidak dapat dituai oleh jentuai tanah sawah yang lembut.

Kerana tanah yang lembut, ada jentuai yang terbenam dalam petak sawah ketika me­lakukan penuaian.

Ini menyebabkan pesawah yang menghadapi masaalah itu terpaksa menggunakan kaedah tradisional bagi mengutip padi mereka yang semakin reput.

Punca kejadian ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu pada musim ini hingga tiba musim menuai menyebabkan jentera mesin tuai tidak dapat menuai dalam petak sawah –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya