Portfolio MMKN Selangor muktamad hari ini, Speaker September - Utusan Malaysia

Portfolio MMKN Selangor muktamad hari ini, Speaker September

MMKN
AMIRUDIN Shari bersama exco dan kakitangan awam Selangor dalam perhimpunan pertama penjawat awam negeri itu dekat Dewan Jubli Perak, Bangunan SSAAS di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Portfolio kesemua 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor dimuktamad hari ini dan diumumkan esok selepas mesyuarat exco yang pertama.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, agihan portfolio yang dibuat pada hari ini  juga diselaraskan dengan skop tugas peringkat Kabinet dan dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan cadangan dan penambahbaikan.

“Petang atau malam ini, saya akan maklumkan kepada Perdana Menteri (barisan senarai Exco Selangor). Sudah pasti Perdana Menteri ada buah fikiran untuk agihan exco ataupun portfolio. 

“Saya akan bincang, muktamadnya hari ini. Kalau ada changes very minimum. Esok masa mesyuarat exco, saya akan terangkan berkenaan fungsi dan tugas mereka,” katanya pada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Penjawat Awam, hari ini.

Beliau menambah, portfolio perlu diselaraskan agar sesuai dengan Kerajaan Persekutuan berikutan kewujudan fungsi sko kos sara hidup seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Terdahulu beliau bersama 10 exco hadir dalam Perhimpunan Penjawat Awam Selangor pada hari pertamanya memasuki pejabat sebagai Menteri Besar bagi kerajaan negeri penggal ke-15 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) selepas mengangkat sumpah jawatan itu semalam.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengulas pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan dilakukan pada sidang pertama dewan selepas Hari Malaysia September ini.

“Angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pembukaan sidang DUN pertama akan dilaksanakan selepas tempoh yang sama. Mungkin pelantikan Speaker akan dibuat serentak atau sehari sebelum sidang DUN.

“Majlis angkat sumpah Speaker boleh dibuat segera. Tetapi saya rasa ia bukan keutamaan. Speaker DUN kini tiada sebab sudah jadi Exco,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya