Polis terima 17 laporan berkaitan ajaran sesat SiHulk di Selangor

Polis terima 17 laporan berkaitan ajaran sesat SiHulk di Selangor

HUSSEIN Omar Khan memeriksa perbarisan semasa Majlis Perbarisan Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawat Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Polis Selangor telah menerima sebanyak 17 laporan berkaitan aktiviti kumpulan ajaran sesat, SiHulk di negeri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun, siasatan mendapati pengikut ajaran itu berkemungkinan berpangkalan di luar negara selepas mereka melarikan diri dari negara ini.

“Sebanyak 17 laporan polis diterima tahun ini, bagaimanapun angka keseluruhan laporan diterima adalah sebanyak 32 laporan membabitkan negeri ini bagi tempoh beberapa tahun lalu.

“Laporan yang kita terima membabitkan aktiviti (ajaran) ini adalah pada awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Perbarisan Ulang Tahun ke-7 Polis Bantuan Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, kesemua laporan-laporan yang dibuat akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelas beliau, semakan mendapati, tiada kawasan khusus aktiviti ajaran berkenaan dikesan di negeri ini.

“Mereka sekarang ini sudah menghilangkan diri dan sebagainya. Kita percaya mereka tidak berada di Selangor.

“Mereka yang sudah dikenal pasti untuk tindakan tangkapan mungkin berada di luar negara,” jelasnya.

Sebelum ini, tular rakaman lima beranak dengan beraninya mengaku mereka adalah antara pengikut SiHulk selain mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Difahamkan, Suhaini yang turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad, SiHulk atau apa jua gelaran dikaitkan dengannya didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya