Polis rakam keterangan saksi nahas pesawat terhempas

Polis rakam keterangan saksi nahas pesawat terhempas

OPERASI pencarian dan siasatan di kawasan kejadian kapal terbang terhempas, di Elmina pada 17 Ogos tahun lalu. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis setakat ini mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 mangsa di Elmina, Seksyen U16 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, beberapa saksi dipanggil untuk dirakam percakapan berkaitan kejadian tersebut. 

“Mereka terdiri daripada penduduk sekitar, orang awam dan sebagainya.

“Kita panggil beberapa saksi. Bagaimanapun, semuanya masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. 

Dalam nahas ngeri jam 2.40 petang semalam itu, 10 individu disahkan meninggal dunia dengan lapan daripadanya adalah juruterbang dan penumpang pesawat ringan tersebut.

Dua lagi mangsa adalah seorang pemandu dan penunggang e-hailing yang ketika nahas melalui lokasi kejadian.

Antara penumpang pesawat yang maut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Ketika kejadian, pesawat dengan nombor pendaftaran N28JV itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Pesawat itu dikesan melencong ke kanan dari laluan penerbangan dengan siasatan awal mendapati pesawat berkenaan sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan Lapangan Terbang Subang. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya