Polis Pulau Pinang terima 20 laporan kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi - Utusan Malaysia

Polis Pulau Pinang terima 20 laporan kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menerima sebanyak 20 laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, setakat ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis masih menjalankan siasatan berhubung perkara berkenaan.

”Polis membuka 20 kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

”Insiden ini menyebabkan 20 pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana maklumat peribadi mereka sudah digunakan pihak lain,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkempen bermula 29 Julai hingga 12 Ogos lalu juga, pihak polis menerima sebanyak 87 laporan membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan pilihan raya.

Daripada jumlah itu, katanya, polis membuka 42 kes dan dua kertas inkuari polis (KEP) yang mana kesemuanya masih dalam siasatan.

Tambah beliau, selain 20 kes membabitkan kad pengenalan atau identiti digunakan pihak lain, kes-kes lain termasuk melibatkan khianat iaitu merosakkan banting; bendera atau bahan kempen.

“Selain itu, kita juga membuka kertas siasatan membabitkan dua kes berkaitan 3R (bangsa, agama dan raja) dan kes membabitkan fitnah terhadap calon, curi bendera, ugutan dan cetak kertas undi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya