Polis panggil NGO salah guna surat sokongan kutip derma - Utusan Malaysia

Polis panggil NGO salah guna surat sokongan kutip derma

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) melepaskan konvoi kenderaan yang membawa pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak yang ditugaskan bagi membantu proses PRN Kelantan di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah memanggil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang beralamat di Taman Ipoh di sini susulan tangkapan terhadap dua sukarelawan warga Thailand yang mengutip derma tanpa kebenaran di Gopeng Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dua lelaki berusia 17 tahun itu ditahan selepas didapati menyalahguna surat sokongan yang ditandatangani beliau bagi tujuan mengutip derma.

“Surat itu bukan bertujuan mengutip derma sebaliknya sebagai sokongan terhadap kegiatan atau program yang dianjurkan oleh NGO berkenaan.

“Jadi, kita telah panggil NGO itu dan ambil tindakan termasuk menasihatkan mereka supaya menarik surat sokongan yang ditandatangani itu agar tidak disalah guna bagi tujuan tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Bantuan Sumber Manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak yang akan bertugas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 2023 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua remaja warga Thailand itu kini disiasat Seksyen 3(3) Akta Pungutan Derma Rumah ke Rumah dan Jalan 1947 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963.

Menerusi laporan media Isnin lalu, dua lelaki warga Thailand berusia 17 tahun ditahan selepas didapati menyalahguna surat sokongan yang ditandatangani Ketua Polis Perak bagi tujuan kutipan derma.

Suspek didapati secara salah menggunakan surat itu dengan memegang tabung bagi tujuan meminta derma di sekitar kawasan Gopeng, Kampar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya