PN sedang uruskan nama saya atau orang lain jadi MB - Sanusi

PN sedang uruskan nama saya atau orang lain jadi MB – Sanusi

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) bersama kepimpinan Pas dan calon-calon PN yang memenangi PRN Kedah Sabtu lalu. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan beliau sendiri tidak tahu sama ada namanya berada dalam senarai individu yang akan dilantik menjadi Menteri Besar atau tidak selepas ini.

Menurut Pengerusi PN Kedah itu, beliau bukanlah individu yang akan membuat keputusan mengenainya kerana hal berkenaan bakal diputuskan oleh pimpinan tertinggi PN.

“Saya pun tak tahu sama ada nama saya berada dalam senarai atau tidak dan saya bercakap ini sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN. Perkara itu sedang diuruskan parti, nama saya atau nama siapa yang dibawa menghadap Sultan Kedah, itu saya tak tahu. 

“Cuma setakat ini saya masih Menteri Besar kepada kerajaan sementara sehinggalah Menteri Besar baharu dilantik. Senarai nama itu akan dipersembahkan kepada Tuanku Sultan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Norizan Khazali,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, Muhammad Sanusi bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan kekal menjadi Menteri Besar di Kedah dan Terengganu sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan negeri.

Ditanya sama ada beliau masih berharap untuk mengekalkan jawatan tersebut, Muhammad Sanusi berkata, disiplin Pas menetapkan bahawa mana-mana individu tidak boleh meminta sebarang jawatan.

Sementara itu, beliau yakin kerajaan negeri yang dibentuk oleh PN tidak berdepan masalah untuk melaksanakan peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berikutan jumlah pembangkang yang terlalu sedikit.

“Saya rasa kalau tiada pembangkang pun kita tiada masalah kerana peranan semak dan imbang memang dilaksanakan secara dalaman antara Pas, Bersatu dan Gerakan. Kita dah buktikan dalam tempoh tiga tahun ini, tidak ada perkara yang mengundang kemarahan rakyat serta melanggar undang-undang dan peraturan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan barisan menteri Kabinet yang hadir ke Kedah untuk menyerangnya sepanjang tempoh berkempen sebelum ini agar kembali melaksanakan tugas hakiki masing-masing.

“Kalau depa rasa serangan berlebihan itu tak memalukan muka masing-masing, datanglah ke Kedah. Saya tak ada masalah apa pun dan akan hadapi mereka macam biasa. Mereka boleh datang bila-bila masa ke Kedah, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab di peringkat Persekutuan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya