PN ‘sapu’ enam negeri jika 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi

PN ‘sapu’ enam negeri jika 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tiga negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) serta Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan dikuasai gabungan itu  jika 90 peratus pengundi Melayu menunaikan tanggungjawab mereka, Sabtu ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,   acap kali peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi dicatatkan rendah berdasarkan rekod pada pilihan raya sebelum ini.

“Menerusi pengamatan kita dan rekod yang ada mendapati kira-kira 30 peratus pengundi Melayu tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Angka 30 peratus itu adalah jumlah undi yang besar dan ia boleh menentukan parti mana yang akan menubuhkan kerajaan,” katanya ketika berucap pada Sembang Santai di Pangkalan Nelayan Kuala Chenang di sini.

Kelantan dan Terengganu dimenangi PN pada PRU14, sebelum Kedah dikuasai gabungan itu sejak Mei 2020 setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

PH pula mendominasi Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang turut terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, PN juga boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15 lalu sekiranya pengundi di setiap kawasan Parlimen tinggi ketika itu.

“Kalau jumlah yang keluar mengundi semua kawasan ramai pada PRU15 lalu, kita yakin PN sudah boleh tubuh kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata, pilihan raya adalah teras kepada amalan demokrasi dalam negara untuk memilih pemimpin dan kerajaan.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya