PM akan bincang isu paras gaji lepasan ijazah merosot ke paras gaji minimum - Utusan Malaysia

PM akan bincang isu paras gaji lepasan ijazah merosot ke paras gaji minimum

ANWAR Ibrahim meletakkan tangan di atas tablet sebagai simbolik merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-16 di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkaitan kadar gaji lepasan ijazah yang dikatakan merosot ke paras minimum akan turut dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gaji dan Pencen Penjawat Awam.

Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat itu yang akan diadakan minggu hadapan.

“Semua perkara ini (termasuk gaji lepasan ijazah) kita akan ambil kira dan sudah dijelaskan.

“Umumnya kadar upah atau gaji penjawat awam rendah, termasuk polis serta tentera, termasuk yang tidak berpencen.

“Secara tradisinya sebelum ini, adalah untuk mengadakan penyelarasan (gaji) setiap 10 tahun. Namun, kini sudah menjangkau 12 tahun jawatankuasa itu tak bermesyuarat.

“Ini semua kita akan masukkan (pada mesyuarat minggu hadapan) dan Insya-Allah (penyelarasan gaji) tertakluk kepada keupayaan ekonomi. Kita naikkan secara berperingkat,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-16 bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geopolitik di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, dilaporkan bimbang melihat kecenderungan gaji permulaan lepasan ijazah di negara ini tidak jauh beza berbanding paras gaji minimum pekerja tidak mahir, iaitu RM1,500 sebulan.

Rafizi dilaporkan berkata, apabila ada paras minimum terbabit, gaji permulaan lepasan ijazah sepatutnya naik lebih tinggi untuk menjarakkan daripada kedudukan itu.

Namun jelasnya, dapatan awal statistik gaji setakat ini menunjukkan ia sebenarnya mengherot ke bawah, rapat kepada paras gaji minimum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya