PLUS sediakan 214 tempat berteduh penunggang motosikal

PLUS sediakan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal

PLUS
Lebuhraya PLUS dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak awal tahun 2000, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mula menyediakan tempat berteduh khusus untuk penunggang motosikal.

Ia adalah usaha memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya termasuk penunggang motosikal, di mana PLUS sentiasa memandang serius mengenai keperluan bagi golongan ini di lebuh raya terutamanya ketika berhadapan dengan cuaca buruk atau hujan.

plus
Mohd Yusuf Abdul Aziz

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, menyedari penunggang motosikal merupakan kumpulan yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko ketika berada di lebuh raya, PLUS secara berterusan menambah baik kemudahan yang disediakan untuk golongan sasar ini di lebuh raya kami bagi menjadikan perjalanan mereka lebih selamat, lancar dan selesa.

“Pada ketika ini, Lebuhraya PLUS dilengkapi dengan 214 kemudahan tempat berteduh untuk penunggang motosikal. Ia terdiri daripada 2 jenis iaitu 28 buah teduhan motosikal jenis Standalone, manakala 186 buah teduhan motosikal di Bawah Jambatan,” jelas beliau.

PLUS juga kata beliau bersedia untuk menambah 22 buah lagi tempat berteduh motosikal iaitu 6 buah daripada jenis Stand-alone dan 16 buah di Bawah Jambatan yang dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat pada tahun ini sehingga suku kedua 2024.

Selain tempat-tempat berteduh khusus ini, PLUS turut menasihatkan penunggang motosikal untuk berhenti berteduh di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah atau stesen minyak yang berdekatan sepanjang lebuh raya sekiranya berhadapan dengan cuaca yang terlalu buruk atau hujan yang terlalu lebat.

Dalam masa yang sama, PLUS turut menasihatkan penunggang motosikal supaya sentiasa berada di belakang rel penghadang (guardrail) di kawasan teduhan motosikal semasa berhenti untuk keselamatan mereka.

Penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk tidak berhenti atau berkumpul di lorong kecemasan kecuali jika berlaku kecemasan. Ini untuk mengelakkan berlakunya kemalangan atau hal-hal yang tidak dijangka.

Bagi lokasi di bawah jambatan yang tidak disediakan kawasan teduhan motosikal, pihak PLUS telah menyediakan papan tanda larangan ‘Dilarang berhenti kecuali kecemasan’ untuk mengelakkan penunggang motosikal berhenti di kawasan tersebut atas faktor keselamatan dan mengelakkan risiko berlakunya insiden kemalangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya