Pimpinan Kerajaan Perpaduan mula tiba WTC, ikuti perkembangan PRN

Pimpinan parti Kerajaan Perpaduan mula tiba WTC, ikuti perkembangan PRN

JOHARI Abdul Ghani  antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang tiba bagi mengikuti perkembangan keputusan PRN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa pimpinan parti Kerajaan Perpaduan mula tiba di tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bagi mengikuti perkembangan keputusan enam pilihan raya negeri (PRN).

Antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Selain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan (PH) belum kelihatan sejak pukul 7 petang ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dijadual hadir pada program malam ini.

Namun, kelibat kedua-kedua Pengerusi PH dan Pengerusi BN itu belum kelihatan setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya