Pilihan raya negeri penting buat rakyat - Muhyiddin

Pilihan raya negeri penting buat rakyat – Muhyiddin

Muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan raya negeri (PRN) sangat penting untuk menentukan masa depan rakyat meskipun segelintir pihak tidak mengatakannya begitu memandangkan negara baru sahaja berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November tahun lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedua-dua pilihan raya itu adalah dua tanggungjawab berbeza dan kegagalan memberi sokongan serta kemenangan kepada calon dan parti dalam PRN boleh menyebabkan masa depan rakyat ditentukan mereka tidak peka dengan permasalahan rakyat.

Beliau berkata, semua 9.7 juta pengundi wajar mengundi dengan hati dan pemikiran terbuka di samping penuh keyakinan bahawa wakil yang dipilih itu mampu membawa suara dan aspirasi masing-masing.

“Ada yang mengatakan pilihan raya negeri ini tidak penting, lagipun kita baharu sahaja menempuh pilihan raya umum pada lapan bulan sebelum ini. Saya ingin mengingatkan PRU dan PRN adalah dua tanggungjawab berbeza.

“Tambahan pula keputusan umum yang lepas mengingatkan kita untuk tidak leka. Jika kita tidak beri sokongan sedaya upaya kemenangan mutlak kepada calon dan parti dikehendaki, maka masa hadapan kita akan ditentu dan dicorak oleh mereka tidak peka kepada permasalahan segenap lapisan masyarakat.

“Jadi untuk memastikan bahawa anda dapat menentukan masa hadapan yang selari dengan aspirasi anda semua, saya menyeru kepada semua pengundi di enam negeri untuk keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini,” katanya dalam satu hantaran video menerusi Facebook beliau semalam.

Muhyiddin juga memberi mesej kepada semua pengundi yang tinggal di perantauan termasuk di luar negara agar pulang mengundi dan memilih kepada parti memahami keluhan dan kesusahan rakyat di samping mampu memberi penyelesaian kepada masalah melanda rakyat.

Beliau berkata, semua rakyat tidak boleh lagi leka dan ambil leka dengan membiarkan masa depan mereka tergadai kerana mengundi pihak tidak bijak mengurus dan mentadbir negara, 

“Undi dengan bijak, hati dan pemikiran terbuka, undilah dengan penuh keyakinan bahawa wakil yang anda pilih mampu membawa suara dan aspirasi anda. 

“Jangan tunggu lagi, marilah keluar beramai ramai untuk menunjukkan kuasa rakyat. Ajak ibu bapa, pak cik mak cik, jiran anda untuk undi. Marilah kita tunjukkan gelombang kuasa rakyat untuk menentukan masa depan yang lebih baik untuk kita bersama, undi dengan yakin dan berani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya