PUTRAJAYA : Pakatan Harapan (PH) berjaya memperoleh kerusi majoriti dengan memenangi 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu dikira setakat pengundian sehingga 10.34 malam tadi.
Bagi keputusan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pula, beliau mengumumkan, Perikatan Nasional (PN) menang sejumlah 19 kerusi dari 36 kerusi yang diperuntukkan.
“Dengan ini PN berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya. – UTUSAN