PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) menang 29 daripada 56 kerusi yang diperuntukkan di Selangor selepas berjaya memperoleh majoriti 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, keputusan itu diperoleh setakat pengundian sehingga 11.31 malam tadi.
Beliau berkata, bagi keputusan di Negeri Sembilan pula, tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan.
“Sehingga 11 malam, keputusan PH ialah 17 kerusi; BN memperoleh 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dapat lima kerusi,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi. – UTUSAN