PETALING JAYA: Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan kemenangan dua pertiga.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menerusi akaun Twitter beliau hari ini.
Katanya, PH setakat ini memenangi 17 daripada 19 kerusi manakala BN menang 14 daripada 17 kerusi.
“Alhamdulillah, setakat ini PH Negeri Sembilan memenangi 17 daripada 19 kerusi. Manakala Barisan Nasional menang 14 daripada 17 kerusi,” katanya.-UTUSAN