Pesawat terhempas didapati melencong, kotak hitam sedang dicari

Pesawat terhempas didapati melencong, kotak hitam sedang dicari -Anthony Loke

ANTHONY LOKE ketika mengadakan sidang akhbar di Lapangan Terbang Subang, Shah Alam, Selangor.-UTUSAN/SYAKIR RADEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan sedang mencari kotak hitam di tapak nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia merupakan misi utama pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut.

ANTHONY LOKE ketika hadir dalam sidang media di Lapangan Terbang Subang, Shah Alam, Selangor.-UTUSAN/SYAKIR RADIN

“BSKU diaktifkan dan dikerahkan ke tapak nahas, jadi, kotak hitam sedang dicari dan siasatan sedang dijalankan.

“Kita tidak mahu mana-mana pihak membuat apa-apa spekulasi, tetapi daripada pengamatan awal, pesawat itu melencong ke tepi daripada flight path serta sebelah kanan flight path yang sepatutnya,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap punca kemalangan.

“Apa puncanya masih perlu disiasat sebelum apa-apa rumusan dapat diberikan, saya berharap semua pihak bersabar dan tidak membuat spekulasi mengenai punca kemalangan.

“Saya ucap takziah kepada keluarga mangsa, semua proses siasatan sedang dijalankan dan saya harap ramai memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, pihak polis, hospital, bomba dan BSKU sedang berada di tapak nahas jadi beri kerjasama kepada mereka untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya