SHAH ALAM: Sebuah pesawat ringan dipercayai dinaiki lapan individu terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.
Insiden tersebut juga dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.
Mengikut maklumat awal bomba, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan dijadual tiba Lapangan Terbang Subang.
Tragedi terseut tular di media sosial dengan pesawat tersebut kelihatan terbakar. Setakat ini nasib penumpang pesawat dan penunggang motosikal belum diketahui.
Sehingga kini Utusan Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa, bagaimanapun difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berada di tempat kejadian.
Maklumat lanjut menyusul. – UTUSAN