Pertumbuhan ekonomi menyusut 2.9 peratus, Anwar digesa beri tumpuan penuh pulih ekonomi

Pertumbuhan ekonomi menyusut 2.9 peratus, Anwar digesa beri tumpuan penuh pulih ekonomi

MARZUKI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sudah sampai masanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kelapan, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi yang menyusut kepada 2.9 peratus adalah petanda ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Untuk itu, kata beliau, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu rancak mengadakan pertemuan secara kerap setiap minggu yang dilihat sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai ekonomi negara.

“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuklah menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.

“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Marzuki berkata, menerusi langkah ini apa sahaja permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera dan kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara pemulihan ekonomi.

“Bagi saya apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kerajaan perlu menyediaka satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku tahun kedua 2023 menyederhana kepada 2.9 peratus selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi 2.9 peratus pada suku tahun kedua 2023 didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan, selain permintaan luaran yang lebih perlahan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour berkata, permintaan dalam negeri kekal sebagai pendorong utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan.

Pertumbuhan pada suku kedua juga dipengaruhi oleh kesan asas yang tinggi pada suku kedua tahun 2022 apabila ekonomi mencatatkan pertumbuhan yang kukuh berikutan kesan pembukaan semula ekonomi dan langkah-langkah dasar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya