Perselisihan waris, pegawai perubatan HSI selesai 

Perselisihan waris, pegawai perubatan HSI selesai 

Ling Tian Soon (dua kiri) bergambar bersama pesakit dan warisnya yang terlibat dalam insiden tular di media sosial Facebook, baru-baru ini di kediaman mereka di Masai, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham antara waris pesakit dan pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini telah diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, pesakit terlibat, Maimun Said juga berada dalam keadaan sihat dan stabil dengan rawatan fisioterapi diteruskan.

Menurut beliau, Maimun serta ahli keluarganya turut berterima kasih dengan rawatan kesihatan yang diberikan petugas hospital awam berkenaan.

“Keluarga Maimun tidak sangka posting tersebut akan tular dan mencetuskan perbincangan hangat dalam media sosial. Mereka tidak berniat untuk menjatuhkan imej atau maruah mana-mana pihak apatah lagi untuk mendapatkan perhatian.

“Sebaliknya, mereka berterima kasih kepada petugas perubatan yang mengambil tindakan rawatan segera terhadap ibunya secara profesional dan pantas. 

“Kegusaran dan kebimbangan timbul saat mereka tidak dimaklumkan keadaan semasa ibu kesayangan yang telah dimasukkan ke unit kecemasan pada ketika itu. Namun segala masalah komunikasi selesai setelah difahamkan keadaan sebenar dalam unit tersebut,” katanya selepas melakukan kunjungan ke kediaman pesakit tersebut di Kampung Rumah Sepuluh, Masai, di sini hari ini.

Tambah Tian Soon, kunjungan itu turut bertujuan menyampaikan salam daripada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada mereka sekeluarga dengan iringan doa agar pesakit kembali sihat.

Semalam, tular di media sosial Facebook dakwaan seorang wanita bahawa ibunya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Pemilik Facebook atas nama akaun Mazliyana Hazirah itu turut mendakwa tidak dipanggil biarpun ibunya telah dimasukkan ke zon kuning dari jam 11 pagi hingga 7 petang, selain dimarah oleh pengawal keselamatan hospital berkenaan kerana memasuki zon kuning.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya