Perkhidmatan Maybank2u, MAE tergendala - Utusan Malaysia

Perkhidmatan Maybank2u, MAE tergendala

maybank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan perbankan mudah alih, Maybank2u iaitu bagi aplikasi M2U dan MAE tergendala buat masa ini.

Menurut kenyataan Maybank, ia juga melibatkan penggunaan kad debit dan kredit.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.

“Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” katanya.

Jelas Maybank, bagi sebarang bantuan, boleh kemukakannya melalui mesej peribadi atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).

Terdahulu di platform media sosial, kebanyakan pengguna berkongsi mengenai masalah untuk membuat sebarang transaksi.

Ada yang berkongsi gambar mengenai baki RM0.00 yang dipaparkan di aplikasi MAE. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya