Perhebat usaha pemutihan kawasan kelabu-Bung Moktar

Perhebat usaha pemutihan kawasan kelabu-Bung Moktar

BUNG Moktar Radin (tengah) semasa menghadiri ceramah perdana di PDM Taman Bahau, Negeri Sembilan semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHAU: Tempoh berkempen yang kini hanya tinggal tiga hari sahaja lagi perlu dimanfaatkan oleh jentera Barisan Nasional (BN) bagi memperhebatkan usaha memutihkan kawasan kelabu.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jentera BN/PH perlu memberi fokus kepada beberapa kawasan kelabu yang cenderung untuk menyokong calon-calon kerajaan perpaduan.

Justeru, jentera BN perlu melipatgandakan usaha dan kerja dengan masa berkempen hanya tinggal tiga hari lagi bagi memastikan semua calon BN/PH memperoleh kemenangan dengan cemerlang.

“Jentera BN dari Sabah perlu meningkatkan kerjasama dengan jentera di kawasan-kawasan DUN yang menempatkan calon BN disamping membantu calon-calon dari PH di kawasan yang lain,” katanya selepas menghadiri ceramah perdana di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Bahau, Negeri Sembilan semalam.

Bung Moktar, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) UMNO itu berkata, jentera BN/PH boleh meneruskan usaha memikat pengundi melalui kempen secara fizikal bagi membolehkan rakyat di kawasan rasa menjadi lebih dekat dengan calon ketika bertemu secara bersemuka.

“Kempen secara fizikal dilihat masih menjadi pilihan terbaik dalam pusingan terakhir ini bagi ‘mencuri’ hati terutama golongan pengundi lama, baharu dan atas pagar.

“Sepanjang saya menjelajah ke beberapa PDM khususnya di Selangor, saya melihat kerjasama jentera BN dan PH begitu baik dan momentum ini perlu diteruskan sehingga ke hari pengundian,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kedua-dua kaedah sama ada menerusi media sosial atau fizikal perlu seiring, namun dalam usaha menarik sokongan pengundi pada saat-saat terakhir ini berkempen secara fizikal lebih berkesan.

Dalam perkembangan lain, Bung Moktar meminta penduduk Sabah yang kini mengundi di Semenanjung Malaysia sempena pilihan raya negeri (PRN) kali ini diingatkan agar tidak mensia-siakan peluang mengundi dengan memilih calon kerajaan perpaduan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya