Percepat proses tender projek pembinaan bypass Mersing - Utusan Malaysia

Percepat proses tender projek pembinaan bypass Mersing

ISU kesesakan lalu lintas di kawasan jambatan dan bulatan Mersing dijangka mampu dikurangkan apabila siapnya projek pembinaan ‘bypass’ Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Kerajaan diminta mempercepat proses tender bagi projek pembinaan ‘bypass’ Mersing demi keselesaan penduduk dan pengguna jalan raya.

Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas berkata, projek berkenaan melibatkan pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan laluan Felda Nitar-Mersing ke Air Merah serta Jalan Johor Bahru-Kuantan.

Beliau bimbang sekiranya semakin lambat proses tender dilakukan, ia akan melewatkan lagi projek jalan tersebut untuk siap.

“Saya telah bangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat dan menteri berkenaan juga telah menjawab yang memaklumkan projek ini dijangka tender pada pertengahan tahun ini dan projek dijangka siap pada 2027.

“Namun, malangnya hingga Julai lalu kita tidak menerima sebarang perkembangan mengenai tender yang sepatutnya dilakukan pada pertengahan tahun ini.

“Kita amat berharap projek ini dapat ditender dan disiapkan segera. Projek ini penting bagi penduduk Mersing kerana dapat mengatasi isu kesesakan lalu lintas di kawasan jambatan dan bulatan Mersing apabila siapnya projek ini kelak,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, projek tersebut sebelum ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Skop projek itu ialah membina jalan sepanjang 6.2 kilometer dengan spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) R2 dan dua buah jambatan dengan agensi pelaksana adalah JKR.

“Di Mersing isu kesesakan jalan terutamanya apabila musim perayaan telah lama berlaku kerana di sini menjadi laluan utama anak perantau untuk ke Pantai Timur.

“Kesesakan turut menyebabkan kesukaran memberi bantuan oleh pihak ambulans, bomba, polis disalurkan sekiranya berlaku kecemasan di laluan ber­kenaan.

“Tambahan pula laluan itu adalah satu-satunya jalan untuk membawa pesakit atau mangsa kemalangan ke Hospital Mer­sing dan jika berlaku kesesakan terutama pada waktu kemuncak menyebabkan mangsa tidak dapat menerima rawatan dengan cepat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya