Peratusan pengundi PRN Selangor kurang berbanding PRU15 - Utusan Malaysia

Peratusan pengundi PRN Selangor kurang berbanding PRU15

Peratusan pengundi
PETUGAS SPR mengemas kain rentang serta menanggalkan pita halangan di pusat mengundi di SK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada pukul 6 petang sebaik sahaja waktu mengundi PRN kali ini tamat. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Peratusan terakhir dicatatkan pada pukul 4 petang tadi sekitar 65 peratus sebelum peti undi ditutup dekat 997 pusat mengundi di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pukul 6 petang.

Jumlah tersebut menunjukkan kira-kira 2,435,587 orang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini berbanding 3,747,057 pengundi berdaftar.

Mengikut laporan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pukul 5 petang tadi, lebih 1 juta pengundi masih lagi tidak menunaikan kewajipan mereka di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Malah tinjauan Utusan Malaysia ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, di sini kira-kira pukul 5.30 petang mendapati, sudah tidak ramai lagi pengundi yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Daripada 56 DUN tersebut, tiga DUN Sijangkang mencatatkan peratusan keluar mengundi yang paling tinggi dalam tempoh tersebut iaitu 71.99 peratus, diikuti Sementa (71.92 peratus) dan Ijok (71.09 peratus).

Manakala tiga DUN yang mencatatkan peratusan pengundian paling rendah adalah Bukit Gasing iaitu sebanyak 55.78 peratus, Bandar Utama (58.79 peratus) dan Kampung Tunku (59.14 peratus). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya