Peratusan mengundi rendah: Kerajaan Perpaduan laksana post

Peratusan mengundi rendah: Kerajaan Perpaduan akan laksana post mortem

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan post mortem susulan peratusan keluar mengundi yang dilaporkan rendah pada enam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan dibuat bagi memahami keadaan itu dengan lebih mendalam.

“Dari segi turn out itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat post mortem untuk memahami dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti perkembangan keputusan enam PRN bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Terdahulu, jumlah keluar mengundi dilaporkan rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus.

Hanya Terengganu merekodkan 70 peratus, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan sebarang peratusan keluar mengundi rasmi terbaharu setakat ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan PRN kali ini bagaimanapun sudah dijangka.

Katanya, perkara itu berdasarkan penelitian beberapa dapatan daripada firma-firma kaji selidik. 

“(Jadi) banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata, parti kerajaan akan meneliti usaha pihak Kerajaan Persekutuan terutama dalam menyantuni rakyat dalam menyelesaikan masalah rakyat.

“Jadi, masih awal untuk saya komen lebih daripada itu sebab banyak maklumat atau data belum ada di tangan, jadi, berikan sedikit masa dan saya percaya mungkin dalam masa beberapa hari (untuk beri pandangan),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya