Perarakan bot MRC meriahkan Hari Kebangsaan di Melaka

Perarakan bot MRC meriahkan Hari Kebangsaan di Melaka

BOT MRC turut menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri berlangsung meriah dan mencipta keunikan tersendiri apabila menyaksikan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

Sejak pukul 7.00 pagi, orang ramai berbilang kaum mula membanjiri hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir di sini, hari ini termasuk sepanjang laluan dari Bangunan Merah hingga ke Jalan Hang Tuah.

Perarakan itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kerajaan negeri.

MOHD. ALI Mohd. Rustam menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Perarakan serta perbarisan disertai hampir 10,000 peserta daripada 179 kontinjen pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Lebih menarik, sebanyak 773 aset pasukan beruniform, kenderaan jabatan serta agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dalam perarakan dan perbarisan berkenaan.

Sambutan kali ini ada keunikan tersendiri yang mana sebanyak 12 bot Melaka River Cruise (MRC) dan dua ski jet (jet ski) Kontinjen Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyertai perarakan di Sungai Melaka.

Perarakan itu disertai kira-kira 300 peserta melibatkan kakitangan agensi tersebut serta 250 pesilat Persatuan Seni Silat Kunci Melayu Melaka dengan mengenakan pakaian persilatan Melayu, pakaian kebangsaan dan bertemakan patriotik.

Bot MRC bergerak dari Taman Rempah Ratus hingga Muara Sungai Melaka dan dipancarkan secara langsung menerusi skrin gergasi diletakkan di beberapa lokasi strategik di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, sambutan kemerdekaan kali ini diadakan semula selepas tiga tahun dihentikan berikutan pandemik Covid-19.

“Ia diadakan dengan penuh gilang-gemilang pada kali ini selepas tiga tahun tidak dilaksanakan selepas pandemik Covid-19 melanda dunia pada penghujung 2020 lalu.

“Justeru kerajaan negeri mengembalikan sambutan pada kali ini agar masyarakat dapat meraikan dan menghayati semangat kemerdekaan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya