Perangai jelik artis atas pentas - Utusan Malaysia

Perangai jelik artis atas pentas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU lalu, tular aksi penyanyi rap terkenal, Cardi B yang mencampakkan mikrofon ke arah penonton selepas berang dirinya disimbah dengan air minuman ketika membuat persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas. 

Ketika kejadian, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almanzar menyanyikan lagu hitsnya, Bodak Yellow.

Tindakan spontan sedemikian bukan kali pertama kali berlaku kepada artis terkenal, malah ada juga pelbagai insiden aneh, janggal dan menjelikkan pernah berlaku atas pentas Hollywood.

JIMI HENDRIX 

SEMASA festival Pop Monterey 1967, Jimi Hendrix bertindak membakar gitarnya supaya menjadi satu momen rock n roll paling diingati dalam sejarah. 

Ketika lagu Wild Thing dimainkan, Hendrix mencuim gitarnya sebelum menuangkan cecair daripada pemetik api ke atas gitar itu dan menyalakan api. 

Dia kemudian menghancurkan gitar itu dan melemparkan gitar yang sudah hangus ke arah penonton dan berlalu pergi. 

Hendrix menjelaskan tindakannya itu adalah satu bentuk pengorbanan kerana dia mengorbankan benda yang paling disukai.

LADY GAGA 

SEMASA mengadakan persembahan di festival SXSW, Texas, pada 2014, Lady Gaga sepentas bersama Millie Brown yang terkenal dengan kerja seni berkaitan lukisan muntah, Brown dilihat sengaja memuntahkan susu berwarna hijau ke arah Gaga. 

Dia kemudian minum sebotol susu hitam dan mengulangi tindakan sama. Perbuatan itu ternyata menjijikkan dan Brown juga dilihat meletakkan jarinya di kerongkong semata-mata mahu mengeluarkan muntah.

KEITH MOON 

PEMAIN dram kumpulan Who, mendiang Keith Moon pernah memampatkan dramnya dengan serbuk pengilat dalam sebuah acara persembahan. 

Menurut Rolling Stones, letupan yang terhasil itu hampir meletupkan kumpulan itu di atas pentas dan mengaburkan kamera televisyen. Ternyata tindakan Moon boleh mencederakan ramai orang walaupun ia adalah satu bentuk gurauan.

OZZY OSBOURNE 

PENYANYI yang terkenal dengan persembahan sambil makan kelawar, Ozzy Osbourne bertindak menggigit kepala kelawar yang dilemparkan oleh seorang individu ke atas pentas. 

Tindakan itu mencetuskan kontroversi kerana penyanyi itu dilihat bertindak kejam terhadap haiwan semasa mengadakan persembahan di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat, pada 20 Januari 1982. Pada masa sama, Osbourne pula menyangka ia adalah kelawar tiruan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya