Perak teruskan rentak cemerlang - Utusan Malaysia

Perak teruskan rentak cemerlang

PEMAIN Perak FC, Luciano Guaycochea melakukan percubaan sambil cuba dihalang pemain Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC meneruskan langkah cemerlang apabila membenam Penang FC 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan keempat itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan anak buah Yusri Che Lah yang kekal di tangga ke-11 liga dengan 16 mata.

Bagaimanapun, kemenangan itu penting dalam usaha Perak FC untuk menyelamatkan diri daripada penyingkiran.

Apa yang pasti, anak buah Yusri mengulangi aksi memberangsangkan seperti ketika menumpaskan Kedah FC dalam saingan Piala Malaysia pada Khamis lalu.

Pada perlawanan tersebut, perwatakan mantap terutama benteng menyaksikan pasukan Pulau Mutiara menghadapi kesukaran untuk memecahkan kubu tuan rumah.

Kapten, Luciano Guaycochea yang memainkan peranan besar dalam kejayaan malam ini, melencongkan bola ke dalam gawang bola selepas mengutip hantaran Wan Zack Haikal pada minit kelima untuk jaringan pembukaan pasukan tuan rumah.

Wan Zack kemudiannya mencetak nama selaku penjaring apabila membuat penyudah cantik pada minit ke-23 untuk gol kedua Perak.

Perak sepatutnya menambah jaringan tetapi Luka Milonovic gagal menyudahkan peluang gol.

Babak kedua menyaksikan pelawat bangkit memberi saingan dan kesungguhan mereka berhasil apabila Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar merapatkan jurang pada minit ke-74.

Namun, Seo Seonong walaupun bermain dengan memakai topeng, mengembalikan kedudukan selesa apabila menjaringkan gol seminit kemudian untuk Perak mendahului 3-2 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya