Perak FC terima sumbangan RM500,000 - Utusan Malaysia

Perak FC terima sumbangan RM500,000

SAARANI Mohamad (tengah) menyerahkan cek sumbangan SADC kepada Abdul Azim Mohd Zabidi (dua dari kanan) di Stadium Perak semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kantung Perak FC menerima suntikan apabila menerima sumbangan sebanyak RM500,000.

Sumbangan itu diterima daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC).

Sumbangan disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi SADC.

Penyerahan cek sumbangan kepada Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi diadakan dalam satu majlis ringkas semasa waktu rehat perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Perak, semalam.

“Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Perak SADC yang juga merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) Perak FC, Meor Azli Meor Mahmud.

Menurutnya, sumbangan itu bagi membantu pembangunan sukan bola sepak di negeri Perak secara khusus.

” Perak FC berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas sumbangan kewangan ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mohd Zaki Mahyudin; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SADC, Yahanis Yahya; CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin; COO SADC, Mohd Kahar Mukktarudin; Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC, Asrol Azam Mohd Yusof dan ahli lembaga pengarah Perak SADC dan Perak FC. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya