Peperiksaan SPM 2023 awal: KPM akan keluar kenyataan rasmi - Fadhlina - Utusan Malaysia

Peperiksaan SPM 2023 awal: KPM akan keluar kenyataan rasmi – Fadhlina

SPM
FADHLINA Sidek dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi. Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan perse- kolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Peperiksaan itu akan bermula dengan ujian amali sains pada 5 Disember, diikuti ujian bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu. 

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sedia kala.

Perkara itu penting kerana tarikh perperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya