PETALING JAYA: Penjawat awam lantikan kontrak layak memohon Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, permohonan PPAM terbuka kepada penjawat awam yang berkhidmat di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT); Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
“Kelayakan permohonan terdiri daripada warganegara Malaysia yang terbuka kepada semua penjawat awam.
“Selain itu, penjawat awam yang telah bersara dan memiliki kad pesara, penjawat awam lantikan tetap dan kontrak atau anak pesara kerajaan boleh memohon lebih dari satu projek,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila emel kepada [email protected] atau layari www.ppam.gov.my – UTUSAN