Peniaga mengaku tak bersalah rompak, sengaja cederakan lelaki - Utusan Malaysia

Peniaga mengaku tak bersalah rompak, sengaja cederakan lelaki

ZULHELMI Abdul Wahab dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas tuduhan merompak dan sengaja mencederakan seorang lelaki, bulan lalu. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak dan sengaja mencederakan seorang lelaki, bulan lalu.

Tertuduh, Zulhelmi Abdul Wahab, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa telah melakukan rompakan dan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa, S. Thurisingam, 42, di Jalan Gurdwara, Ipoh pada pukul 8.30 malam, 10 Julai 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Haiqal Asyraf Suhaimi tidak menawarkan jaminan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diberikan atas alasan perlu menanggung keluarga di mana tiga daripada empat anaknya masih bersekolah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya