Pengundi positif Covid-19 diminta hadir 2 jam sebelum tamat tempoh mengundi

Pengundi positif Covid-19 diminta hadir 2 jam sebelum tamat tempoh mengundi

KKM dan SPR menetapkan panduan pengurusan pengundi Covid-19 positif bagi PRN kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengundi positif Covid-19 yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ditetapkan untuk hadir di pusat mengundi dua jam sebelum tamat tempoh mengundi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, langkah ini bertujuan meminimakan risiko percampuran dengan pengundi-pengundi lain sebagaimana ditetapkan dalam panduan pengurusan pengundi Covid-19 positif yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, panduan ini bertujuan memberi peluang pengundi positif menjalankan kewajipan mengundi, pada masa sama mengurangkan risiko penularan jangkitan.

“Bagi memudahkan urusan pengundian, individu positif berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima mesej daripada aplikasi MySejahtera bermula hari ini sehingga 12 Ogos.

“Mesej tersebut akan memaklumkan mengenai keperluan pengundi Covid-19 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau petugas kesihatan berdekatan pusat mengundi sebelum mereka datang bagi memastikan petugas kesihatan di daerah terlibat bersiap sedia dalam pengurusan pesakit di pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, pengundi positif wabak itu juga diingatkan supaya tidak menggunakan kenderaan awam dan dikehendaki memakai pelitup muka sepanjang masa di pusat mengundi.

Ia melainkan semasa pengenalan diri yang memerlukan pelitup muka dibuka ketika di tempat mengundi.

“Mereka juga dinasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal selamat sepanjang masa terutamanya apabila berhadapan dengan petugas ketika pelitup muka dibuka.

“Setelah selesai mengundi, pengundi positif hendaklah segera meninggalkan kawasan mengundi dan meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh Home Surveillance Order (HSO),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi mereka yang sedang menerima rawatan di hospital dibenarkan discaj dari hospital atas risiko sendiri bagi mengundi dengan syarat mematuhi prosedur ditetapkan.

Namun, katanya, pihak hospital tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan dan pesakit hendaklah menggunakan kenderaan sendiri untuk ke pusat mengundi.

Beliau menjelaskan, pesakit perlu meneruskan pengasingan diri sehingga tamat tempoh HSO di tempat kediaman atau tempat pengasingan ditetapkan sebaik sahaja selesai mengundi.

Pada masa sama, KKM juga menasihati semua pengundi lain sentiasa mengamalkan langkah kendiri bagi mengelak jangkitan serta segera mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan, morbiditi, dan kematian terutamanya bagi golongan berisiko tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya