Penghulu, ketua masyarakat Mukim Cheka Dua

Penghulu, ketua masyarakat Mukim Cheka Dua, Lipis sertai taklimat zakat

Penghulu dan ketua masyarakat Mukim Cheka Dua yang menghadiri taklimat pengurusan agihan zakat Majlis Ugama Islam Pahang di Kampung Kerambit, Lipis baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 30 peserta terdiri daripada penghulu dan ketua masyarakat kawasan Mukim Cheka Dua menghadiri taklimat pengurusan agihan zakat daripada pegawai Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di dewan Kampung Kerambit, Lipis baru-baru ini.

Pengurus Cawangan MUIP Lipis, Aliuddin Abdul Halim @ Bakar berkata, program itu juga melibatkan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim, Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Mukim Cheka Dua dan

Skuad Ukhuwah Pekan bertujuan memberikan pemahaman kepada ketua masyarakat setempat mengenai skim serta bantuan zakat yang disediakan oleh MUIP.

“Sempena program sehari ini, MUIP dan Skuad Ukhuwah Pekan turut mengadakan program ziarah budi ke rumah lima buah keluarga asnaf serta penyampaian sumbangan zakat berbentuk barang keperluan dapur kepada 100 orang asnaf di penempatan kawasan Mukim Cheka Dua,” katanya di Kampung Kerambit, Lipis baru-baru ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya