Penggiat seni, usahawan kreatif jana RM400,000 menerusi Kembara RIUH 2023 - Utusan Malaysia

Penggiat seni, usahawan kreatif jana RM400,000 menerusi Kembara RIUH 2023

TEO Nie Ching bersama selebriti popular, Fikry Ibrahim pada program Kembara RIUH 2023 di Auto City, Seberang Perai, Pulau Pinang semalam. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Penggiat seni dan usahawan kreatif berjaya menjana hasil jualan mencecah RM400,000 menerusi Kembara RIUH 2023 yang berlangsung di Selangor dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Zainariah Johari berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival itu bagi memasyarakatkan industri kreatif tempatan sekali gus memupuk nilai kebersamaan serta nasionalisme dalam kalangan masyarakat.

“Bertepatan dengan konsep Malaysia Madani, program yang direncanakan menjadi salah satu usaha untuk melonjakkan industri kreatif Malaysia.

“Secara keseluruhannya, lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan program yang diadakan di dua lokasi iaitu di Kuala Kubu Bharu pada minggu lepas dan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kembara RIUH 2023 di Juru Auto City yang bermula kelmarin dan berakhir semalam.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi bin Md. Isa.

Terdahulu, program sama turut diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 28 sehingga 30 Julai lalu.

Selain aktiviti kesenian dan kreativiti, pameran pendidikan dan kerjaya, pemeriksaan kesihatan gigi dan program interaktif komuniti turut dijalankan khusus buat pengunjung.

Selain itu, barisan artis tanah air popular turut mengadakan persembahan antaranya Ella, Anuar Zain, Faizal Tahir, Kaka Azraff, Insomniacks serta Bunkface. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya