Pengarah suka tegur tak bertempat - Utusan Malaysia

Pengarah suka tegur tak bertempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Orangnya memang sejenis riuh. Maksud Cik Bunga, dia ini kalau mula berborak, memang macam mulut murai. Tak salah pun sebab sudah memang karektornya begitu sejak dulu.

Cuma, satu hal orang yang bermulut murai ini, biasanya mereka ini ada kecenderungan untuk cakap tak bertapis. Macam tak ada insurans orang kata. Iyalah, sebab suka cakap tanpa fikir dahulu, maka jadi begitulah.

Nak dijadikan cerita, ramai yang tak puas hati dengan cara pengarah ini yang suka menegur macam-macam isu yang berlaku dalam industri. Malah, yang tak ada isu pun, boleh jadi isu untuk dia.

Adalah juga antara circle dia ini yang sudah tak tahan dengan sikapnya yang suka menegur orang tak bertempat itu. Kita fahamlah, tegur untuk kebaikan itu tidak salah.

Tetapi kalau tegur dengan niat mahu memalukan orang, itu memang tak baiklah bukan? Tak cukup cakap depan-depan, di media sosial pun dia suka masuk komen memalukan orang lain.

Mahunya orang tak terasa dengan kata-kata dia yang lazimnya berbaur sindiran itu.

Daripada boleh tahan sabar, lama-lama boleh menipis juga tahap kesabaran orang terhadap dia.

Entahlah, Cik Bunga rasa, kalau bab sikap ini, hanya kawan-kawan terdekat yang sudah lama kenal saja tahu. Tapi sebagai sahabat yang baik, elok tegurlah pengarah berkenaan.

Umur pun bukannya makin muda. Eloklah ubah sikap itu lekas-lekas. Takut lama-lama orang pun tak sudi hendak bekerja dengan awak. Kerana mulut badan binasa orang kata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya