PETALING JAYA: Sistem pendidikan Malaysia pada masa kini dilihat masih jauh ketinggalan dan tidak sejajar dengan apa yang dirancang dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PPPM 2013-2025 dilaksanakan mengikut sistem gelombang yang dinamakan Gelombang Pertama 2013 hingga 2015, Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 dan Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr. Anuar Ahmad berkata, tidak dinafikan ada pencapaian dan usaha yang baik, namun ia tidak sehingga ke tahap luar biasa. Bagaimanapun katanya, pencapaian dan tahap sistem pendidikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya