Pendapatan pemandu teksi airport merosot 70 peratus - Utusan Malaysia

Pendapatan pemandu teksi airport merosot 70 peratus

MOHAMAD Syed Alwi menunggu penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: “Dahulu boleh dapat RM150 hingga RM200 sehari, tetapi kini hanya kira-kira RM60”.

Demikian luahan seorang pemandu teksi, Mohamad Syed Alwi yang beroperasi di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini.

Menurutnya, sejak adanya perkhidmatan e-hailing, pendapatannya dan rakan-rakan di lapangan terbang berkenaan merosot.

“Sekiranya keadaan berlarutan tanpa ada penyele­saian membabitkan pemandu e-hai­ling, sudah tentu periuk nasi kami pemandu teksi di lapa­ngan terbang terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Tuanpunya dan Pemandu Teksi, dan Teksi Mewah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Mohamad Nor Mohamad Said berkata, pendapatan pemandu teksi di situ merosot sehingga 70 peratus berbanding sebelum perkhidmatan e-hailing diperkenalkan dahulu.

Pihaknya telah mengadakan banyak perbincangan dengan agensi pengangkutan termasuk berjumpa dengan menteri bagi menyelesaikan masalah pemandu teksi, tetapi hingga kini masih belum nampak jalan penyelesaiannya.

“Hingga sekarang belum nampak lagi jalan penyele­saian bagi menyelamatkan mata pencarian pemandu teksi yang kini bersaing dengan pemandu e-hailing” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak membantah kehadiran pemandu e-hailing namun sistem yang digunakan oleh syarikat tersebut sehingga mengenakan separuh tambang teksi memberi impak besar kepada ahlinya sehinggakan untuk mendapat satu tempahan pun agak sukar.

Justeru, Mohamad Nor me­nyarankan supaya kadar tambang e-hailing dan teksi disela­raskan.

“Dengan kaedah ini penum­pang boleh memilih servis terbaik antara teksi dan e-hailing,” katanya.

Pada masa ini hanya kira-kira 50 pemandu teksi lapangan terbang beroperasi berbanding 130 pemandu di bawah persatuan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya