Pemuisi dari enam negara sertai KONPES ke-2 di Bachok

Pemuisi dari enam negara sertai KONPES ke-2 di Bachok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Seramai 200 pemuisi dari Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, China dan Malaysia akan menyertai Konvensyen Pemuisi Sedunia (KONPES) kali kedua di Bachok, Kelantan pada 7 hingga 9 September ini.

Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Datuk Dr. Radzuan Ibrahim berkata, acara itu akan dipenuhi dengan deklamasi puisi serta persembahan kesenian tradisional.

“KONPES akan mempertemukan pemuisi daripada pelbagai peringkat umur dan kesemua mereka  akan menyampaikan puisi dalam bahasa Melayu. Turut diadakan ialah persembahan syair, monolog, tari puisi, dekon serta persembahan Dikir Barat, Wayang Kulit, Makyong, tarian kebudayaan Melayu, Cina dan Siam Peranakan.

“Program lain ialah diskusi buku karya R. Hamkama, deklamasi puisi remaja, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Radzuan yang juga dikenali dengan nama pena Wanrazuhar berkata konvensyen yang bertemakan Kemanusiaan Sejagat itu turut disertai oleh Penaung PEMUISI, Tan Sri Hamad Kama Piah Che’ Othman, dua Sasterawan Negara iaitu Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dan Datuk Dr. Zurinah Hassan, Senator Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Datuk Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob dan Datuk A. Aziz Deraman.

Katanya, antara pembentang kertas kerja ialah Profesor Madya Drs. Siamir Marulafau (Indonesia), Dr. Suraiya Chapakiya (Thailand), Isa Kamari (Singapura), Zefri Arif (Brunei) dan Zhou Yahui (China).

KONPES ke-2 anjuran bersama PEMUISI, UMW Holdings, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Malaysia Kelantan akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, pada 7 September pukul 8.30 malam.

KONPES, yang dianjurkan kali pertama secara dalam talian tahun lepas ekoran penularan Covid-19, disertai 14 negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN