Pemuda Rohingya hilang ketika cari kepah ditemukan lemas  - Utusan Malaysia

Pemuda Rohingya hilang ketika cari kepah ditemukan lemas 

ANGGOTA pasukan penyelamat mengusung mayat Osnah Ahmad Abdul Salam yang ditemukan lemas di Sungai Paka, Dungun, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, di sini, tiga hari lalu ditemukan lemas, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Pemangku Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, mayat Osnah Ahmad Abdul Salam, 20, ditemukan oleh pasukan penyelamat  kira-kira pukul 3.55 petang.

“Mayat mangsa ditemui terdampar di tebing sungai berhampiran kawasan paya bakau iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dipercayai hilang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Maizura berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. 

Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa dikatakan hilang dihanyutkan arus sungai ketika sedang mencari kepah di kawasan tebing sungai bersama rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Maizura turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air termasuk memancing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya