Pemuda hilang ketika memancing ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Pemuda hilang ketika memancing ditemukan lemas

SEORANG pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinanng ditemukan lemas petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut ketika memancing berhampiran sangkar ikan di Pulau Aman, Batu Kawan di sini, ditemukan lemas petang tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, mayat mangsa, Mohammad Azali Mohd. Azrin, 28, ditemui kira-kira pukul 4.16 petang tadi.

“Pasukan bomba terdiri daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bertindak menjalankan kerja-kerja cari dan menyelamat dengan kaedah ‘water surface searching’ di kawasan mangsa terjatuh.

“Mayat mangsa dibawa ke jeti Batu Musang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi tamat pada 5.23 petang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya