Pemimpin seperti Annuar punca UMNO lemah - Akmal Salleh

Pemimpin seperti Annuar punca UMNO lemah – Akmal Salleh

MUHAMAD AKMAL SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa dianggap sebagai salah satu pemimpin yang menjadi punca kepada kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga tinggal 26 kerusi Parlimen.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berkata, ia memberi kesan kepada parti sehingga perlu melalui proses pemulihan.

“UMNO ini menjadi lemah sehingga tinggal 26 kerusi disebabkan ada pemimpin seperti Tan Sri dalamnya dahulu. Tan Sri jangan mudah lupa, apa yang jadi hari ini adalah kesan dari kepemimpinan pemimpin seperti Tan Sri yang hanya mahu mencari keuntungan secara peribadi dari UMNO berbanding untuk memperkuat parti dan menjaga rakyat dan akhirnya rakyat tidak mempercayai parti ini disebabkan pemimpin seperti Tan Sri,” katanya dalam kenyataan.

Namun, katanya, apabila Annuar menyertai Pas dan Perikatan Nasional (PN), partinya bertindak membina semula parti.

“Walaupun halangannya berat, tetapi dengan keikhlasan yang ada untuk mempertahan perjuangan parti, UMNO akan dibina semula oleh kami.

“Insya-Allah, terima kasih atas pendapat yang diberi, beri kami masa untuk membina semula parti ini dan harap Tan Sri berbahagia bersama parti yang baharu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Annuar yang mendakwa UMNO hilang kekuatan apabila sekadar menjadi parti yang menumpang di bawah naungan dua parti lain dalam kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya