Pemangku Raja Perlis kagum dengan teknologi Huawei CSIC - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Perlis kagum dengan teknologi Huawei CSIC

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) bersama Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kiri) berkenan mendengar taklimat sewaktu menerima undangan lawatan kerja ke Huawei CSIC di Intermark Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa kagum dengan teknologi dan kemajuan dibangunkan di Huawei Customer Solution Innovation Centre (CSIC).

Menerusi lawatan itu, Tuanku Syed Faizuddin berharap agensi-agensi bertanggungjawab di Perlis dapat mempertimbangkan kerjasama dengan Huawei dalam membawa teknologi-teknologi itu ke negeri ini selepas ini.

Titah baginda, usaha ini dilihat dapat meningkatkan manfaat buat negeri Perlis dan juga rakyatnya.

“Pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis (BPEN) dan Jawatankuasa juga Pusat Kecemerlangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diharap dapat membuat lawatan dan lanjutan perbincangan susulan ke Huawei CSIC selepas ini,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menerima undangan lawatan kerja ke Huawei CSIC di Intermark Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut berangkat dalam lawatan berkenaan adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Presiden Jabatan Hal Ehwal Awam dan Komunikasi, Huawei Malaysia, Oliver Liu, Pengarah Akaun Kerajaan Huawei Enterprise Malaysia, Nick Lishan dan Eksekutif Pakar Penyelesaian Huawei Enterprise Malaysia, Nicholas Yong.

Dalam lawatan itu, Tuanku Syed Faizuddin diberi penerangan tentang peranan Huawei CSIC yang merupakan sebuah pusat teknologi terkini serta mempunyai penyelesaian produk berkenaan serta direka bentuk sebagai hab dan pusat ICT.

Selain itu, baginda turut berkenan melihat sistem agro teknologi dengan kepintaran buatan yang boleh menjimatkan masa, memantau kualiti serta meramalkan hasil dan ‘output’.

Huawei CSIC juga memaparkan peranti infrastruktur rangkaian menggunakan kemajuan teknologi terkini dalam 5G manakala RuralStar Huawei pula dapat menghubungkan kawasan terpencil dan membawa kesalinghubungan kepada peringkat komuniti sukar dijangkau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya