Pemangku Raja Perlis alu-alukan kehadiran UMAM di Perlis - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Perlis alu-alukan kehadiran UMAM di Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan kehadiran Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di negeri ini.

Titah baginda, ia sekali gus akan menjadi sebahagian daripada pendorong kepada Islam berkemajuan berlandaskan al- Quran dan As-Sunnah.

“Kita memiliki tanggung jawab besar untuk membangun tata kehidupan global yang adil, damai dan sejahtera bagi sama-sama menampilkan wajah Islam yang benar-benar menjadi rahmat bagi seluruh alam atau ‘rahmatan li al-alamin’.

“Prinsip kerahmatan itu menyebar secara luas tanpa memandang perbezaan bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) siri ke-22 dengan tajuk
Transformasi Risalah Islam Berkemajuan di sini baru-baru ini.

Ia dianjurkan YTF dengan kerjasama Universiti Muhammadiyah Malaysia.

Seterusnya titah baginda, Allah SWT mewajibkan setiap orang beriman untuk berfikir dan berbuat baik tidak hanya untuk kepentingan hari ini tetapi untuk masa mendatang.

Titah baginda, Allah SWT juga mengecam mereka yang berorientasi kehidupan duniawi semata-mata sehingga melupakan kehidupan akhirat.

“Islam Berkemajuan adalah langkah ke hadapan negeri Perlis bagi memastikan peranan wanita dalam semua sektor pembangunan negeri.

“Seperti kita semua sedia maklum, ‘manhaj’ atau cara diperlukan untuk memahami dan memaknai ajaran agama dan mengembangkan pemikiran agama secara benar.

“Manhaj Islam Berkemajuan iaitu ‘al- Islam al-Taqaddumi’ bermaksud agar pemahaman dan pemaknaan hujjah yakni ‘nas’ dan pengembangan pemikiran yang diperoleh dari al-Qur’an dan Al-Sunnah dapat dipertanggungjawabkan,” titah baginda.

Terdahulu daripada itu, Naib Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia, Associate. Profesor Ir. Dr. Waluyo Adi Siswanto menyampaikan kata-kata aluan.

Webinar sehari suntuk tersebut ditutup oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya