Pemandu lori tangki minyak maut dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki minyak maut dalam kemalangan

ANGGOTA bomba berusaha memotong salah satu pintu lori tangki minyak bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU: Seorang lelaki yang merupakan pemandu lori tangki minyak maut dalam satu insiden kemalangan jalan raya di Jalan Pesisir Pantai Bintulu-Sebubu di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa maut selepas selepas lori tangki minyak yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik.

“Sejurus mendapat panggilan berhubung kejadian berkenaan, pihak bomba bergegas ke lokasi kemalangan dan mendapati kemalangan terbabit melibatkan sebuah lori tangki yang penuh dengan muatan minyak petrol dan diesel terbalik di tepi jalan dan terdapat seorang mangsa masih berada dalam lori tersebut.

“Pasukan bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” jelasnya.

Bagaimanapun sejurus mangsa dikeluarkan dari lori terbabit, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis, sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.

“Mangsa yang maut tersebut dikenal pasti sebagai Mohd Azrin Sapri, berusia 32 tahun,” ujarnya.

Dianggarkan lori tangki yang dipandu oleh mangsa membawa muatan minyak petrol sebanyak (10, 800 liter), dan minyak diesel (16, 200 liter) milik syarikat Song Trasport Co. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya