Peluang promosi, papar nama perniagaan bersama KTSA

Peluang promosi, papar nama perniagaan bersama KTSA

KEMERIAHAN edisi pertama Kejohanan KTJC di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu, tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para usahawan, syarikat dan peniaga berpeluang mempromosikan jenama masing-masing apabila Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA) membuka tawaran untuk menjadi penaja bersama pada Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup (KTJC).

Edisi kedua kejohanan tahunan bawah 12 tahun itu dijadual berlangsung di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini melibatkan penyertaan sebanyak 32 pasukan dari seluruh negara.

Duta Kronos yang juga penaung Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA), Mohd. Yusran Mat Sharif berkata, pakej promosi penajaan untuk kejohanan itu terbahagi kepada tiga iaitu  RM1,000 untuk Platinum, pakej Emas (RM800) dan Perak (RM500).

“Bagi pakej Platinum, penaja akan disediakan booth pameran atau jualan semasa kejohanan itu dan jalinan kerjasama aktiviti dengan rakan penaja. Ia disertakan sepanduk memaparkan jenama mereka di padang latihan KTSA selama satu tahun.

“Pakej Emas dan Perak  pula disediakan logo jenama mereka di papan iklan kejohanan KTJC bersama sepanduk di padang latihan akademi selama enam bulan,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga pakej tersebut turut menawarkan diskaun harga untuk membeli pakaian jenama Kronos Malaysia kepada para penaja.

ANTARA perlawanan persahabatan dengan akademi-akademi bola sepak seluruh Terengganu yang disusun pengurusan KTSA.

KTSA berpusat di  padang awam Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu mula beroperasi sejak lebih setahun lalu dan muncul sebagai antara akademi bola sepak yang semakin dikenali khususnya di negeri itu.

Selain latihan, pasukan akademi itu ‘menjelajah’ ke seluruh pelosok Terengganu dan negeri luar untuk menyertai pertandingan-pertandingan serta perlawanan persahabatan di bawah pelbagai kategori usia.

Sehubungan itu, ia menjadi landasan terbaik kepada usahawan, syarikat dan peniaga mempromosikan jenama masing-masing menerusi kerjasama dengan KTSA.

Malah  KTSA turut menganjurkan kejohanan tahunan sendiri iaitu KTJC kategori usia bawah 12 tahun yang mendapat sambutan luar biasa daripada akademi bola sepak dari dalam dan luar Terengganu.

KERATAN laporan  berhubung penganjuran Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup.

Berhubung perkembangan kejohanan KTJC, Mohd. Yusran berkata, hasil daripada perbincangan dengan pihak teknikal dan padang, mereka memutuskan 32 penyertaan terawal sahaja yang akan mencabar kejuaraan.

 Sebelum ini, KTSA menerima permohonan 42 pasukan yang mana 10 daripadanya diletakkan dalam senarai menunggu bagi pengesahan untuk mengikuti pertandingan tersebut.

Mana-mana pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama KTSA dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia promosi serta penajaan, Encik Azman di talian 011-29209053. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya