Pekerja maut ditimpa kepingan mozek besar - Utusan Malaysia

Pekerja maut ditimpa kepingan mozek besar

Maut mozek
PASUKAN bomba dan pegawai KKM memeriksa keadaan mangsa yang maut ditimpa kepingan mozek dekat sebuah kilang di Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pekerja kilang menemui ajal selepas ditimpa lapan keping mozek besar dekat sebuah kilang di Pelabuhan Klang, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa seorang warga tempatan sedang berurusan dengan seorang pelanggan.

“Mangsa yang berumur 40 tahun itu semasa kejadian sedang memberikan penerangan mengenai produk yang dijual di kilang tersebut kepada pelanggannya di stor penyimpanan.

“Namun secara tiba-tiba, lapan keping mozek telah jatuh dan menghempap mangsa, lantas dia meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut daripada orang awam pada pukul 9.47 pagi.

Kata Ahmad Mukhlis, seramai enam anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang yang telah dikerahkan untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak berkaitan bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya