Pekerja kilang maut kereta terbabas bertembung lori

Pekerja kilang maut kereta terbabas bertembung lori

KEADAAN kereta dipandu Muhammad Nazafee Abdul Jalil yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori dan motosikal di Jalan Bukit Selambau - Kuala Ketil di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori dan motosikal di Jalan Bukit Selambau-Kuala Ketil, di sini pada 7 petang semalam.

Mangsa, Muhammad Nazafee Abdul Jalil, 20, yang memandu kereta jenis Proton Satria meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dipercayai secara laju dari arah Kuala Ketil ke Bukit Selambau hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta mangsa telah bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dan impak pelanggaran menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit remuk teruk serta menghalang laluan jalan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kata Zaidy, pada masa sama seorang lelaki berusia 21 yang menunggang motosikal jenis Honda RS dari arah Bukit Selambau tidak sempat mengelak lalu melanggar lori terbabit yang terbalik di tengah laluan jalan.

“Mangsa yang maut dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk urusan selanjutnya.

“Semakan rekod mendapati kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu mempunyai lesen memandu yang sah dan kenderaan masing-masing juga mempunyai cukai jalan belum tamat tempoh,” katanya.

Katanya, penunggang motosikal terbabit hanya kecederaan ringan, manakala pemandu lori tidak cedera dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya