Pekerja asing antara punca denggi meningkat di Melaka

Pekerja asing antara punca denggi meningkat di Melaka

KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Negeri sedang melakukan kerja penyemburan nyamuk di sekitar kawasan Pangsapuri Kota Laksamana, Kota Laksamana, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka terus mencatatkan peningkatan kes denggi iaitu sebanyak 688 kes setakat minggu epidemiologi (ME) 32 yang berakhir 12 Ogos lalu berbanding 359 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, peningkatan hampir 100 peratus kes itu sebahagian besarnya melibatkan daerah Melaka Tengah dengan 507 kes diikuti Jasin dan Alor Gajah masing-masing sebanyak 106 kes dan 75 kes.

Kata beliau, dalam tempoh sama juga sebanyak 26 episod wabak telah dilaporkan berbanding 13 episod pada tempoh sama tahun lalu.

“Daripada 26 episod wabak tersebut yang melibatkan 23 lokaliti, terdapat satu lokaliti wabak berulang iaitu di Taman Merlimau Baru. Dua lokaliti titik panas iaitu di Pangsapuri Taman Tasik Utama dan Taman Melaka Baru Seksyen 2.

“Antara lokaliti wabak denggi yang masih aktif adalah di Kampung Pernu, Taman Takh, Apartmen Yayasan Melaka, Kampung Sungai Sembilang, Taman Pahlawan dan Pangsapuri Kota Laksamana,” katanya dalam sidang akhbar selepas operasi pemeriksaan kediaman di Pangsapuri Kota Laksamana di sini, hari ini.

Tambah Hee Sem, lambakan pekerja asing yang tinggal di pangsapuri menjadi cabaran kepada pihak berwajib untuk mengawal wabak denggi.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sekiranya kediaman pekerja di Pangsapuri Kota Laksamana memiliki perakuan penginapan yang masih sah.

“Ini kerana kira-kira 70 peratus pekerja asing tinggal di sini. Kalau tiada kita akan buat operasi besar-besaran. Sekiranya penginapan pekerja berpusat (CLQ) ada (siap) pada 2025, lebih senang kita hendak kawal (kes denggi).

“Operasi hari ini ditumpukan pada lokaliti wabak yang baru diisytiharkan pada Isnin. Terdapat dua kes denggi dilaporkan dan kawasan ini juga kerap berlaku wabak denggi pada tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya